HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA DIVISYEN KELIMA BAHARU

SERAH: Hajiji (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Shamsor.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Divisyen Kelima Infantri yang baharu, Mejar Jeneral Shamsor Haji Jaafar di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, Hajiji antara lain membincangkan isu-isu keselamatan bersama Shamsor.

Mereka turut membincangkan perkara-perkara berkaitan Divisyen Kelima Infantri yang berpangkalan di Kem Lok Kawi.

Shamsor yang diiringi oleh Pegawai Staf, Leftenan Kolonel Ahmad Zurairi Muda dan Kapten Ameer Ashraf Masudi, telah mengambil alih tugas daripada Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin pada 30 Januari tahun ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …