DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Telah berlangsung Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Jalan Mahkamah, Bayan Lepas. Sepanjang program yang berlangsung hari ini pengunjung terawal telah menerima Baucar Tambah Nilai Insentif REDI Touch ‘N Go e-Wallet bernilai RM20.
Manakala bagi golongan peniaga yang menjual Menu Rahmah RM5 ke bawah turut mendapat Insentif REDI Touch ‘N Go e-Wallet bernilai RM100. Inisiatif ini diharap dapat membantu masyarakat setempat dalam mengurangkan Kos Sara Hidup rakyat di bulan yang berkat ini.
Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



