MAJLIS IFTAR RAMADAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

Majlis Iftar Ramadan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut telah diadakan di Dewan Serbaguna IPD Timur Laut dengan dihadiri Ketua Polis Daerah Timur Laut YDH ACP Abdul Rozak bin Muhammad, Pengerusi PERKEP IPD Timur Laut, Ybhg. Puan Aesah binti Harun, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Timur Laut.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Pulau Pinang, YDH CP Dato’ Ts. Azizee bin Ismail dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Pulau Pinang Ybhg. Datin Roslina binti Mohd Razak serta Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah dan Ketua-ketua Formasi bersama pasangan. Ketua Polis Pulau Pinang turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada warga IPD Timur Laut yang mempunyai anak istimewa sebagai tanda keprihatinan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Fardu Maghrib dan Solat Fardu Isyak, diikuti dengan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah di Surau IPD Timur Laut.
Sumber : IPD Timur Laut, Pulau Pinang https://www.facebook.com/ipdtimurlaut

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …