TIGA RUMAH, DUA MOTOSIKAL MUSNAH TERBAKAR DI TONGOD

PERIKSA: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan dan memadam bara api di lokasi kejadian.

TONGOD: Tiga buah rumah dan dua motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Imbak, Tongod, di sini, semalam.

Kejadian yang dilaporkan pada jam 11.31 pagi itu membabitkan tiga kediaman masing-masing jenis separuh kekal dan tidak kekal serta dua motosikal yang terbakar 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian balai sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sejauh kira-kira 166 kilometer.

Katanya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 1 petang dan mendapati kebakaran sudah berjaya dipadamkan lebih awal oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memadam baki bara api menggunakan satu aliran hos salur bantu mula serta menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahaya di lokasi.

“Operasi terkawal pada jam 2.20 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.45 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan rumah separuh kekal berukuran 30×40 kaki persegi, rumah tidak kekal berukuran 25×20 kaki persegi dan rumah tidak kekal berukuran 18×25 kaki persegi yang musnah 100 peratus.

“Selain itu, dua motosikal turut musnah sepenuhnya dalam kejadian berkenaan.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu. Pihak bomba kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran berkenaan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …