PENGURUS KTV POSITIF DADAH, PUSAT HIBURAN DISERBU POLIS

SERBU: Polis ketika bertindak menyerbu pusat hiburan karaoke (KTV) berkenaan.

KOTA KINABALU: Sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di pusat bandar raya ini diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dalam operasi awal pagi Ahad.

Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang juga pengurus premis selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine menerusi ujian saringan awal air kencing.

Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, operasi dijalankan hasil risikan dan pemantauan terhadap premis hiburan terbabit.

“Seramai 17 pekerja dan pengunjung diperiksa dalam operasi berkenaan sebelum seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan selepas ujian saringan mendapati dia positif methamphetamine dan amphetamine.

“Tiada sebarang dadah dirampas dalam serbuan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku mengambil minuman yang dipercayai mengandungi dadah di sebuah premis hiburan lain dua hari sebelum ditahan.

Menurutnya, pemantauan dan risikan berterusan akan dipergiat bagi memastikan premis hiburan tidak dijadikan lokasi penyalahgunaan bahan terlarang.

“JSJN Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara konsisten,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …