DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN)
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) telah menjalankan satu operasi “OPS MATA MERAH DAN HELLO” iaitu Operasi Lampu Isyarat Merah dan Menggunakan Telefon Bimbit di sekitar daerah Seberang Perai Tengah secara statik.
Dalam operasi tersebut masih ramai pemandu yang tidak peka dengan bahayanya gagal mematuhi lampu isyarat merah dan bahayanya memandu menggunakan telefon bimbit sedangkan ramai mengetahui akan kesan dari kesalahan tersebut yang boleh membawa kepada kematian jika berlaku kemalangan.
Operasi secara statik dan rondaan ini akan diteruskan setiap hari di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan dan “HOTSPOT” untuk memastikan semua pengguna jalanraya mematuhi undang-undang dan memastikan keselamatan jalanraya terus dititikberatkan demi kita bersama.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



