TIDUR ATAS LENGAN: PUNCA, MATA KABUR DAN TANGAN KEBAS

Tidur atas lengan, waktu rehat kerja, umum mengetahui dan ramai yang plan nak ‘qailullah’ atau power nap sekejap 15 minit.  Posisi kegemaran ramai: Letak kepala atas meja, berbantalkan lengan, muka benam ke bawah.  Nikmat memang nikmat. Tapi bila bangun nanti, tangan rasa kebas macam tak ada darah, dan mata jadi kabur sekejap. Tuan-tuan dan Puan-puan, Tidur meniarap di atas meja kerja (Desk Napping) ada bahayanya jika posisi anda salah.

  1. Awas Saraf Radial (Saturday Night Palsy). Bila anda letak kepala berat anda di atas lengan, anda sedang menekan Saraf Radial di lengan. Tekanan berterusan selama 20-30 minit akan menyekat aliran darah dan isyarat saraf. Sebab itu bila bangun, tangan rasa lumpuh dan kesemutan yang amat sakit. Kalau jadi hari-hari, boleh rosak saraf tu.
  2. Mata Kabur (Tekanan Intraokular) Bila muka dibenamkan ke lengan, bebola mata anda ditekan secara fizikal. Ini meningkatkan tekanan dalam mata (Intraocular Pressure). Akibatnya, bila bangun, penglihatan jadi kabur, beruap, atau nampak bintang-bintang. Bagi pesakit Glaukoma, ini sangat bahaya.
    3. Leher Patah? Leher anda dipusingkan ke sisi pada sudut yang ekstrim. Otot leher akan tegang (stiff neck). Cara Power Nap Yang Selamat: Sebaiknya, bersandar ke belakang kerusi recline). Sokong leher dengan bantal leher (neck pillow) atau gulungan jaket.  Jangan meniarap. Rehat itu perlu, tapi jangan sampai cedera.

 

#PublicHealthMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …