MAIWP PRIHATIN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju menyambung bantuan kewangan bulanan dan bantuan sewa rumah secara automatik susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disambung hingga 6 Dis depan.

Menurut MAIWP dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa dengan inisiatif penyambungan bantuan secara automatik tersebut, penerima tidak perlu hadir ke kaunter Baitulmal bagi proses penilaian penyambungan.

“Penyambungan ini memberi manfaat kepada 5,629 penerima asnaf yang akan tamat pada Disember ini dan Jan 2021 dengan melibatkan perbelanjaan zakat RM1.92 juta,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut MAIWP, dua bantuan berkenaan disalurkan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan jumlah bantuan bulanan bagi setiap penerima adalah antara RM300 hingga RM800.

“Bantuan sewa rumah pula membantu menampung sewa rumah bulanan dengan kadar bantuan hingga maksimum RM1,000,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, MAIWP meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka yang terjejas dan berada dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan semasa PKPB, dapat melaporkannya kepada agensi itu menerusi aplikasi telefon ‘Mobil Jejak Asnaf’ bagi memudahkan bantuan disalurkan. – BERNAMA

 Sumber: Wilayahku

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut