Badan sihat, tangan kaki cukup sifat. Tapi bila ditanya kenapa tak kerja, macam-macam alasan diberi. “Tak ada transport lah.” “Sakit pinggang sikit lah.” “Tak sesuai dengan jiwa lah.” Akhirnya, mereka kembali meminta bantuan, mendesak, malah marah bila tak dapat apa yang dimahukan.
Kenapa fenomena ini berlaku? Adakah mereka sekadar malas? Dari sudut psikologi, ini dikenali sebagai “LEARNED HELPLESSNESS” (Ketidakberdayaan yang dipelajari).
Ia berlaku apabila seseorang terlalu kerap dibantu tanpa syarat dalam tempoh yang Lama. Otak mereka mula ‘belajar’ bahawa: “Buat apa aku susah payah usaha? Akhirnya nanti ada orang bagi duit juga.”
Lama-kelamaan, motivasi untuk berdikari MATI sepenuhnya. Mereka hilang keupayaan untuk melihat peluang (Opportunity Blindness). Yang mereka nampak hanyalah “nasib malang” dan tangan orang lain untuk memberi suap.
Bahaya Untuk Pemberi Bantuan: Niat kita baik nak menolong. Tapi awas, kadang-kadang bantuan kita itu menjadi “Enabler” (Penyebab) yang merosakkan lagi jiwa mereka. Kita bukan tolong mereka naik, kita tolong mereka kekal di bawah. Untuk Golongan Ini: Ubat paling mujarab bukan lagi Wang Ringgit. Tapi “Tough Love”. Bantuan mesti bersyarat. Kena ada usaha, baru ada upah. Jangan jadikan kemiskinan sebagai zon selesa.



