ZAHARI PANTAU KAWASAN TERJEJAS LIMPAHAN AIR SUNGAI

Durian Tunggal – Penduduk beberapa lokasi sekitar Durian Tunggal hidup dalam keresahan berikutan kediaman mereka terjejas akibat kejadian limpahan air sungai berulang sejak kebelakangan ini.

Susulan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil turun padang bagi meninjau lokasi terjejas untuk mengenal pasti punca kejadian serta merangka tindakan segera bersesuaian.

Menurut Zahari kejadian dipercayai berpunca akibat taburan hujan yang tinggi, ban pecah dan aliran air dari taman perumahan menyebabkan air sungai naik dengan cepat lalu melimpah.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kerja-kerja pembaikan serta tindakan susulan akan dilaksanakan secepat mungkin. Selain itu, satu perjumpaan bersama agensi berkaitan akan diadakan bagi memastikan penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkesan dapat dilaksanakan.

“Usaha bersepadu semua pihak akan terus diperkukuhkan bagi menangani masalah ini dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan terlibat,” katanya.

Tinjauan tersebut turut disertai wakil JPS, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Beringin serta JPKK Belimbing Dalam.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …