PEMANTAUAN OPERASI BERSEPADU BAZAR RAMADAN

Satu operasi pemantauan bersepadu telah dilaksanakan di Bazar Ramadan Pekan Nyalas melibatkan 4 orang anggota Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Jasin bersama 10 orang anggota Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.
Ringkasan Operasi:
📍 Lokasi: Bazar Ramadan Pekan Nyalas
🧾 Bilangan peniaga diperiksa: 15 orang
🏪 Jumlah petak: 20 petak
✅ Tahap kebersihan: Memuaskan
📄 Tindakan: Tiada notis dikeluarkan oleh MPJ mahupun pihak Kesihatan
Hasil pemantauan mendapati pihak penganjur telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak bazar dengan baik selepas tamat waktu perniagaan. Para peniaga juga memberikan kerjasama sepenuhnya dengan memastikan kawasan jualan dibersihkan selepas operasi harian.
Adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan semua peniaga berlesen serta mematuhi syarat lesen termasuk aspek kebersihan diri dan persekitaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta para peniaga atas komitmen yang diberikan dalam memastikan kebersihan sentiasa terpelihara.
📌 Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan PBT di kawasan masing-masing bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.
🧹 Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Anda boleh!
𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗟𝗮𝗴𝗶? 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗟𝗲𝗿…
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Majlis Perbandaran Jasin
📞 06-5291245
📧 info@mpjasin.gov.my

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …