Batuk lama bukan sebab “panas dalam”, paru-paru tengah dimakan. Ramai lelaki ego tinggi bila bab kesihatan. Batuk dah berbulan,badan makin susut, tapi bila isteri tegur suruh pergi klinik, jawapan standard keluar: Batuk biasalah, panas dalam ni, minum air badak okay la esok.
Jangan tipu diri sendiri.
Batuk yang tak henti lebih 2 minggu tu bukan mainan cuaca. Itu tanda kuman tibi sedang aktif mengorek tisu paru-paru secara senyap. Korang mungkin rasa kuat sekarang, tapi bila dah mula batuk berdarah,masa tu paru-paru dah rosak teruk (cavity). Silap haribulan, satu keluarga dah terhidu kuman yang sama sebab degil tak nak buat saringan awal.
Saringan kahak di klinik kesihatan itu percuma je. Jangan sampai dah terbaring pakai tiub oksigen baru nak menyesal tak sudah.
Sumber: Public Health Malaysia



