INTERVENSI BERJAYA, TIADA LAGI CATUAN AIR DI KAWANG – ARMIZAN

HADIR: Armizan (tengah) ketika hadir merasmikan PJRM di Kampung Kawang.

PAPAR: Langkah intervensi yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi menangani gangguan bekalan air di Kampung Kawang di sini, sejak penghujung Disember lalu, kini menunjukkan hasil.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata bekalan air di kampung berkenaan kembali stabil dan tidak lagi tertakluk kepada jadual catuan.

Katanya, kerja-kerja menaik taraf serta peningkatan kapasiti di Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon selesai dilaksanakan kira-kira tiga minggu lalu.

“Selepas pelaksanaan intervensi itu, penduduk memaklumkan bekalan air kini lebih lancar dan stabil untuk kegunaan harian tanpa perlu bergantung kepada jadual catuan seperti sebelum ini.

“Dengan peningkatan kapasiti sebanyak 10 peratus atau tambahan empat juta liter sehari (JLH), selain kerja menaik taraf pam sedia ada dan saluran paip ke tangki utama P3, masalah bekalan air dapat diatasi buat sementara waktu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian ketika ditemui pada Program Sentuhan Kasih dan Jualan Rahmah Madani (PJRM) di Kampung Kawang, pada Sabtu

Armizan berkata, pelaksanaan itu merupakan penyelesaian jangka pendek sementara menunggu projek naik taraf LRA Kogopon 2 yang dijangka meningkatkan kapasiti rawatan sebanyak 40 JLH.

Beliau berkata, projek berkenaan yang dijangka siap menjelang penghujung tahun ini akan memberi impak lebih besar dalam menstabilkan bekalan air bagi keseluruhan Parlimen Papar serta kawasan sekitar termasuk utara Parlimen Kimanis dan selatan Parlimen Putatan.

“Kerajaan negeri bersama Jabatan Air Negeri Sabah akan terus memantau pelaksanaan projek dan keadaan semasa bekalan air bagi memastikan isu sama tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …