GEMPA BUMI KUAT 6.8 MAGNITUD LANDA PERAIRAN KOTA KINABALU

GEMPA BUMI: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan kejadian gempa bumi kuat 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu tengah malam tadi.

KOTA KINABALU: Satu kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud dilaporkan berlaku di perairan daerah ini pada jam 12.57 tengah malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian terbabit dikesan berlaku pada koordinat 7.0 darjah utara dan 116.4 darjah timur.

Pusat gempa turut dikesan pada jarak kira-kira 49 kilometer barat dari kawasan Kudat.

Selain beberapa kawasan di negeri ini yang merasai gegaran akibat gempa bumi terbabit, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan setakat ini dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Jabatan itu juga memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan supaya menyalurkan maklumat dengan mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah memaklumkan tiada sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima setakat pagi ini.

PANTAU: Pasukan bomba dari BBP Lintas membuat rondaan di Pantai Teluk Likas.

Semua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran selamat dan terkawal.

Selain itu, ramai dalam kalangan penduduk yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu berkongsi pengalaman cemas walaupun hanya beberapa saat mengenai kejadian itu di laman sosial.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …