MELAKA SEBAGAI ‘KOTA KESIHATAN’, PUTRA 2 DAN BRAIN & SPINE HOSPITAL DIBINA DI AYER KEROH

Ayer Keroh – Keunggulan Melaka sebagai hab kesihatan serantau diperkasakan lagi dengan pembinaan Hospital Putra 2 dan Brain & Spine Hospital.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pembinaan kedua-dua fasiliti canggih itu adalah berdasarkan kepada perkembangan positif industri pelancongan kesihatan Melaka yang begitu membanggakan.

Katanya, bagi tempoh 2023 hingga 2025 sahaja Hospital Putra menerima kehadiran purata lebih 10,000 orang pelancong kesihatan setiap tahun.

“Pelaburan dua buah hospital baharu ini melibatkan nilai RM678 juta dan dijangka siap pada 2029. Sebenarnya projek ini adalah sebuah kompleks akan dikenali sebagai kota kesihatan yang juga akan meliputi kemudahan lain seperti residensi, pusat retail dan kolej.

“Apabila siap kelak, Hospital Putra 2 akan menjadi pusat rawatan awal bagi pesakit jantung di sebelah selatan sebelum mereka mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

“Kita juga memanfaatkan peluang pelaburan dalam aspek industri kesihatan ini berdasarkan kepada permintaan menggalakkan daripada negara jiran di sebelah Selat Melaka ini,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembangunan Hospital Putra 2 dan Brain & Spine Hospital, di Tapak Tanah Mukim Bukit Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem, barisan Exco serta Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP) Datuk Mohd Yusof Abu Bakar; Pengerusi MRCB Land Sdn Bhd Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd Mohd Zahiruddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist dan Pengarah Neuro Spinal Medical Sdn Bhd Akbar Hussain Meera Hussain.

Ab Rauf berkata, setakat ini Melaka sudah mempunyai enam pusat perubatan swasta dan dua kemudahan baharu itu akan terus memacu negeri ini sebagai peneraju dalam sektor pelancongan kesihatan.

“Seusai pelaksanaannya nanti projek ini dijangka membuka 1,000 pekerjaan baharu, sehubungan itu anak-anak Melaka khususnya perlu memanfaatkan peluang berkenaan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …