TUMPUAN KEPADA PIAWAIAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

SESI DIALOG: Jafry (tengah) bersama tetamu kehormat lain semasa dalam sesi libat urus itu.

SEMPORNA: Sabah terus memberi tumpuan kepada usaha memperkasa piawaian pelancongan dan hospitaliti.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, ia penting dalam usaha menjadikan Sabah sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa.

Oleh itu, Jafry telah bertemu dengan penggiat industri pelancongan di kawasan utama seperti Tawau dan Semporna, bagi mendapatkan maklum balas serta menangani cabaran operasi secara langsung.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Mary Malangking.

Dalam sesi libat urus di Semporna pada Khamis lepas, Jafry menekankan bahawa pengalaman pelancong bukan sahaja bergantung kepada tarikan semula jadi Sabah, tetapi juga kepada pengurusan profesional dan sistem sokongan industri yang kukuh.

“Pelawat datang kerana keindahan dan budaya kita, tetapi cara mereka merasai perkhidmatan kita adalah sama pentingnya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Semporna, bersama destinasi utama lain di Sabah, kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan pelancongan negeri.

Dengan jumlah pelawat yang semakin meningkat, Jafry menggalakkan pengusaha untuk meningkatkan piawaian perkhidmatan, mengekalkan amalan telus dan memastikan pengalaman yang ditawarkan benar-benar memberi nilai kepada pelancong.

“Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk memperkukuh program latihan, menggalakkan amalan terbaik, serta mempromosikan pengurusan pelancongan yang bertanggungjawab dan lestari.

“Sebagai sebahagian daripada Visit Malaysia 2026, inisiatif ini memberi tumpuan kepada peningkatan yang boleh diperbaiki, daripada kualiti perkhidmatan sehingga pengurusan pusat pelancongan yang bertanggungjawab,” katanya.

Sebelum itu, pada Rabu lepas, Jafry telah bertemu penggiat industri di Tawau sebagai sebahagian daripada usaha libat urus dengan pemain pelancongan di Pantai Timur.

Sesi libat urus di Semporna dan Tawau turut dihadiri wakil Pejabat Daerah masing-masing, Lembaga Pelancongan Sabah (STB), serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

STB turut mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Sabah serta Labuan pada 11 Feb bagi merapatkan dialog mengenai cabaran industri, jangkaan perkhidmatan, dan usaha meningkatkan piawaian hospitaliti di seluruh negeri.

Jafry sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya dan STB komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam menyokong perkhidmatan berkualiti tinggi serta pelancongan lestari di Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …