PETRONAS DAN KERAJAAN NEGERI IKTIRAF VENDOR TEMPATAN

SERAH: Rashidah (tiga kiri) menyampaikan anugerah VDP kepada salah seorang penerima, sambil disaksikan Mohd Ishak (dua kanan) dan Bacho (kanan) pada majlis itu.

KOTA KINABALU: PETRONAS bersama kerajaan negeri baru-baru ini mengiktiraf vendor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) berpangkalan di Sabah atas pencapaian mereka dalam memperkukuh ekosistem industri tempatan yang mampan dan berdaya saing.

Sejumlah 98 vendor telah menerima pengiktirafan atas keupayaan dan rekod prestasi mereka dalam memperoleh kontrak, mencerminkan pertumbuhan konsisten sejak Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA) Sabah pada 2021.

Jumlah kontrak yang diraih meningkat daripada 133 pada 2021 kepada 499 pada 2025, menunjukkan kematangan dan keupayaan industri tempatan yang berkembang pesat.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disaksikan oleh Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Mohd Ishak Datuk Ayub, mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Pengiktirafan berkenaan disampaikan oleh Naib Presiden Perolehan Kumpulan PETRONAS, Rashidah Alias.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), PETRONAS, Datuk Bacho Pilong.

Dalam ucapannya, Bacho menekankan landskap tenaga global yang dinamik dan peranan  penting sektor OGSE kepada ekonomi Malaysia.

“Sektor OGSE terus menjadi tunjang ekonomi negara. Dengan sokongan dan kerjasama berterusan bersama Kerajaan Negeri Sabah.

“Kita mampu membina rantaian bekalan OGSE yang lebih berdaya tahan serta meletakkan Sabah sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya.

Vendor-vendor yang menerima pengiktirafan merangkumi skop kerja sederhana hingga kompleks, termasuk penyelenggaraan turbin gas, perkhidmatan Kapal Sokongan Pengeluaran bagi operasi penggerudian laut dalam, penyelenggaraan kepala telaga, terminal, kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian, serta operasi marin.

Mereka turut memperkukuh kerjasama industri melalui kontrak usahasama bagi penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian luar pesisir serta kerja-kerja sambungan dan pentauliahan.

Pada majlis sama, dua syarikat Sabah diumumkan sebagai peserta baharu Program Pembangunan Vendor (VDP), iaitu Seascape Synergy Services Sdn Bhd bagi penyelenggaraan rakit dan bot penyelamat dan GMB Dynamic Sdn Bhd bagi penyelenggaraan jentera bomba.

Penyertaan mereka mencerminkan peningkatan standard keupayaan vendor tempatan dari segi keselamatan, kualiti, dan kecemerlangan operasi.

PETRONAS dan kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, persatuan industri dan vendor atas komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem OGSE Sabah.

Kedua-dua pihak kekal komited untuk membangunkan industri yang mampan, inklusif dan berdaya saing demi masa depan yang lebih kukuh.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …