𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗨𝗧𝗜𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗜𝗗𝗔𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗖𝗔𝗧𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡, 𝟮𝟵,𝟰𝟬𝟮 𝗞𝗜𝗥 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗙𝗔𝗞𝗜𝗥 𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

Prestasi kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi tahun 2025 mencatatkan jumlah RM301,033,662.17, iaitu peningkatan sebanyak 9.1 peratus (%) bersamaan RM25,070,701.62 berbanding tahun 2024.

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Nara Setia Dato Zulkifli bin Ali berkata, jumlah pembayar zakat turut menunjukkan peningkatan kepada 62,106 orang, iaitu bertambah 6 peratus (%) berbanding tahun sebelumnya. Sementara itu, jumlah keseluruhan agihan zakat bagi tahun 2025 merekodkan sebanyak RM324,498,204.11, meningkat 1.8% berbanding tahun 2024.

Peningkatan ini mencerminkan komitmen MAIDAM dalam memastikan dana zakat diagihkan secara menyeluruh dan berkesan kepada golongan asnaf yang layak. Bagi Bantuan Zakat Sempena Ramadan Tahun 1447H/2026M, seramai 29,402 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada Asnaf Fakir dan Miskin layak menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM15,785,000.00.

Agihan bantuan adalah seperti berikut:

✅ 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 S𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴/T𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹:

Seramai 7,877 KIR menerima RM300.00 seorang, melibatkan peruntukan RM2,363,100.00.

✅ 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 I𝘀𝗶 R𝘂𝗺𝗮𝗵 𝟮 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯 O𝗿𝗮𝗻𝗴:

Seramai 8,228 KIR menerima RM500.00 seorang, melibatkan peruntukan RM4,114,000.00.

✅ 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 I𝘀𝗶 R𝘂𝗺𝗮𝗵 𝟰 O𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 K𝗲 A𝘁𝗮𝘀:

Seramai 13,297 KIR menerima RM700.00 seorang, melibatkan peruntukan RM9,307,900.00.

Berbeza daripada tahun sebelumnya, agihan bantuan Ramadan pada tahun ini dilaksanakan melalui kaedah tuntutan di kedai-kedai terpilih yang melibatkan barangan dan perkhidmatan tertentu. Penerima boleh membuat tuntutan barangan keperluan harian, pakaian serta bayaran utiliti termasuk bil telefon dan pembelian tambah nilai melalui outlet peruncitan, pasar raya besar serta platform dalam talian yang terlibat. Tuntutan bantuan boleh dibuat bermula 19 Februari hingga 31 Mac 2026.

YBhg. Dato Nara Setia merakamkan penghargaan kepada semua pembayar zakat atas kepercayaan dan komitmen berterusan kepada MAIDAM dalam menunaikan kewajipan berzakat. Zakat yang ditunaikan bukan sekadar kewajipan, bahkan menjadi payung kehidupan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Sumber: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …