PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALANRAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap keselamatan jalan raya sentiasa diutamakan oleh pengguna jalan raya. Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya @KAMPUS Selamat bersama-sama 350 orang pelajar TVET MARA Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam sesi ini, pemeriksaan fizikal terhadap dokumen dan motosikal pelajar telah dilakukan.
Tujuan pemeriksaan kenderaan dilakukan adalah untuk memberi peringatan kepada pelajar tentang kesalahan dan kompaun yang akan dikenakan terhadap kesalahan mengubahsuai kenderaan.
Selain itu, pelajar juga didedahkan tentang bahaya ubah suai kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi kepada pelajar dan pengguna jalan raya yang lain.
Semoga perkongsian ini dapat menyuntik semangat kepada semua pelajar untuk berubah ke arah yang lebih baik dalam aspek menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Menjadi belia yang berhemah dan bersopan santun di jalan raya kerana merekalah aset negara pada masa hadapan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …