MALAYSIA RAIH PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA EKONOMI KITARAN

ANUGERAH: Malaysia ketika menerima Anugerah Kemahiran Hijau (Green Skills Award) 2025.

KOTA KINABALU: Malaysia terus mengukuhkan kedudukan di pentas antarabangsa apabila meraih pengiktirafan dalam bidang ekonomi kitaran menerusi kemenangan ‘ForOurPlanet Award’ pada Anugerah Kemahiran Hijau (Green Skills Award) 2025 anjuran Yayasan Latihan Eropah (ETF), baru-baru ini.

Anugerah berprestij itu mengiktiraf inisiatif pendidikan ekonomi kitaran yang dilaksanakan oleh pelajar di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK), Sabah, yang menampilkan pendekatan inovatif dan inklusif dalam pengurusan sisa makanan.

Projek berkenaan menggunakan kaedah biokonversi lalat askar hitam (black soldier fly) untuk menukar sisa makanan kepada kompos serta makanan ternakan, sekali gus menggabungkan pembelajaran sains secara praktikal, perubahan tingkah laku dan pendidikan iklim berasaskan komuniti.

Pengiktirafan itu diumumkan semasa EU-Italy Energy Days yang berlangsung di Politecnico di Torino, sekali gus meletakkan Malaysia sebaris dengan negara lain yang giat memacu agenda kelestarian global.

Kategori ForOurPlanet Award diperkenalkan pada 2025 dengan kerjasama Suruhanjaya Eropah dan Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah, khusus bagi menghargai kecemerlangan pendidikan ekonomi kitaran yang memberi impak nyata kepada alam sekitar dan masyarakat.

Pengarah ETF, Pilvi Torsti, berkata pengiktirafan berkenaan membuktikan pendidikan dan latihan memainkan peranan penting dalam menyokong peralihan hijau serta pembangunan mampan.

“Pendidikan kemahiran hijau bukan sahaja membantu menangani cabaran alam sekitar, malah melahirkan generasi yang lebih bersedia menghadapi perubahan teknologi dan krisis masa depan,” katanya.

Sejak dilancarkan pada 2021, Anugerah Kemahiran Hijau ETF menerima lebih 1,350 penyertaan dari lebih 60 negara, menjadikan kejayaan Malaysia sebagai satu pencapaian membanggakan di peringkat global.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …