PENGUKUHAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN

RMK – 13, Kerajaan telah merangka usaha yang strategik dan pendekatan secara menyeluruh bagi menghadapi cabaran berkaitan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam yang semakin rencam. Tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam, memelihara kedaulatan negara, meningkatkan kesejahteraan anggota keselamatan dan menambah baik pengurusan dan pemulihan pesalah jenayah.

Penekanan diberikan kepada inisiatif untuk menerapkan teknologi termaju dan pendigitalan sebagai pemboleh daya penting dalam pengukuhan keselamatan dan pertahanan. Empat strategi telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam tempoh RMK13 seperti berikut:

Strategi 1: Mempertingkatkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam

Strategi 2: Memelihara Kedaulatan Negara

Strategi 3: Meningkatkan Kesejahteraan Anggota Keselamatan

Strategi 4: Menambah Baik Pengurusan dan Pemulihan Pesalah Jenayah

 

Sumber: RMK -13 & Jabatan Penerangan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …