BOT PAM BAWA PETROL TANPA KELULUSAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

RAMPASAN: Bot pam yang didapati membawa kira-kira 2,000 liter petrol tanpa kelulusan sah ditahan pasukan Maritim Malaysia Zon Maritim Kudat.

KUDAT: Sebuah bot pam yang disyaki membawa kira-kira 2,000 liter petrol tanpa kelulusan sah ditahan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, sepasukan bot peronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi hasil maklumat risikan untuk menjalankan pemeriksaan dalam operasi di perairan Damaran, Pulau Banggi di sini.

Katanya,  hasil pemeriksaan pasukan penguat kuasa, bot berkenaan didapati ditinggalkan tanpa pengendali yang dipercayai melarikan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, bot pam terbabit membawa beberapa tong drum biru yang mengandungi petrol tanpa sebarang dokumen kebenaran.

Pihaknya menganggarkan nilai rampasan berjumlah kira-kira RM5,000 dan bot serta muatan bahan api berkenaan dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki membawa dan menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyeludupan dan akan terus memperketat kawalan serta pemantauan di perairan ini bagi mengekang pelanggaran undang-undang maritim,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang di laut supaya menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau melalui talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …