KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI RISIKO JANGKITAN PENYAKIT NIPAH

KKM sentiasa komited dalam memperkukuh langkah kesiapsiagaan negara bagi menghadapi risiko jangkitan penyakit Nipah, khususnya yang melibatkan potensi penularan rentas sempadan.

Orang awam serta pengembara yang berkunjung ke Kawasan berisiko adalah dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri, mengelakkan sentuhan dengan haiwan yang sakit, serta tidak mengambil atau menggunakan produk yang disyaki tercemar.

Seiring dengan itu,KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan melalui pelaksanaan saringan kesihatan diPintu Masuk Antarabangsa (PMA), pengukuhan kapasiti makmal negara, kesiapsiagaan fasiliti kesihatan, pelaksanaan amalan Pencegahandan Kawalan Infeksi (IPC), serta pengukuhan kerjasama rentas sektor dan antara agensi.

Walaupun Malaysia tidak melaporkan sebarang kes penyakit Nipah sejak tahun 1999,langkah berterusan ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam negara sentiasa terpelihara.

Sunber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …