HARGA RENDAH JADI UMPAN, PENIPUAN ATAS TALIAN RUGIKAN MANGSA RM35,000

SIMIUN

KOTA MARUDU: Polis mengesan peningkatan kes penipuan jual beli kereta, motosikal serta pelaburan atas talian tidak wujud menerusi aplikasi Facebook Marketplace dengan jumlah kerugian melebihi RM35,000 di daerah ini.

Kegiatan itu dikesan susulan beberapa laporan diterima membabitkan urus niaga kenderaan, pelaburan dan barangan tidak wujud yang dipercayai dilakukan individu atau pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomudin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Kota Marudu merekodkan mangsa daripada pelbagai latar belakang termasuk penjawat awam dan orang awam.

Menurutnya, kebanyakan laporan datang daripada penduduk sekitar daerah Pitas.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengiklankan barangan atau kenderaan pada harga terlalu murah bagi menarik minat mangsa sebelum menghubungi mereka melalui WhatsApp atau Facebook Messenger.

“Taktik harga rendah digunakan sebagai umpan supaya mangsa percaya tawaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan membuat bayaran ke akaun bank tertentu atas pelbagai alasan seperti deposit tempahan, insurans, kos penghantaran atau cukai.

“Selepas bayaran dibuat, suspek gagal dihubungi, semua bentuk komunikasi terputus manakala iklan dipadam bagi mengelakkan dikesan.

“Modus operandi sama digunakan dalam beberapa kes dengan menggunakan akaun media sosial palsu dan nombor telefon berlainan.

“Setiap urus niaga hanya berlaku secara dalam talian tanpa pertemuan fizikal, menyebabkan mangsa sukar mengesan identiti sebenar suspek,” katanya.

Simiun menegaskan orang ramai perlu lebih berhati-hati ketika berurusan di platform jual beli atas talian, terutama apabila berdepan tawaran harga jauh lebih murah berbanding pasaran semasa.

Beliau menasihatkan pengguna membuat semakan latar belakang penjual, membaca ulasan pembeli lain serta memilih kaedah pembayaran lebih selamat.

Katanya, orang ramai digalakkan berurusan secara bersemuka atau menggunakan platform yang menyediakan perlindungan transaksi.

Tambahnya, elakkan membuat bayaran awal tanpa pengesahan sahih atau bukti kukuh berkaitan kewujudan barangan.

“Jika berdepan situasi mencurigakan, hentikan urus niaga serta-merta dan jangan berkongsi maklumat perbankan atau butiran peribadi,” katanya.

Beliau turut menggesa mangsa penipuan tampil segera membuat laporan polis bagi membantu siasatan serta mengesan sindiket terlibat.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …