PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang berkolaborasi dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap keselamatan jalan raya sentiasa dititik beratkan oleh pemandu dan syarikat bas ekspres.

Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Audit Bas Ekspress yang dijalankan adalah :-
✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
✅ Kewajipan menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 km atau melebihi empat jam berterusan.
✅ Kewajipan menyediakan peralatan keselamatan dalam bas ekspres seperti:
1) Alat Pemadam Api
2) Peti Pertolongan Cemas
3) 5 buah Kon Kecemasan
4) Tukul Pemecah Cermin Kecemasan
5) Pintu Kecemasan yang berfungsi, dan Tali Pinggang Keledar bagi setiap tempat duduk.
✅ Keperluan memastikan pintu kecemasan dalam bas ekspres wajib dipamerkan dengan jelas di dalam dan luar, mudah dibuka ke arah luar (tiada halangan) serta mempunyai penunjuk arah/panduan operasi yang jelas.
✅ Penekanan juga diberikan berkaitan aspek keselamatan meliputi pemandu dan penumpang bas ekspres terutama kewajipan memakai tali pinggang keledar.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …