SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA

KURANGKAN MAKANAN ULTRA PROSES

Makanan ultraproses merujuk kepada perumusan yang terhasil menggunakan beberapa bahan tambah dan melalui beberapa siri proses (ultraproses). Kebanyakkan bahan-bahan yang digunakan dalam produk makanan ultraproses diperolehi daripada sumber industri yang berkos rendah manakala bahan tambah makanan yang digunakan pula bertujuan untuk meniru rasa makanan yang diproses secara minimal atau menghilangkan rasa yang tidak diingini dalam keluaran akhir.

Antara contoh makanan ultraproses adalah minuman ringan, snek savuri, produk daging bancuhan semula dan makanan sejuk beku segera.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengurangan pengambilan garam dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan memelihara fungsi buah pinggang.

MENJALANI SARINGAN KESIHATAN BUAH PINGGANG SEKIRANYA BERISIKO TINGGI, CONTOHNYA PESAKIT YANG MENGHIDAPI PENYAKIT KENCING MANIS, DARAH TINGGI, KARDIOVASKULAR ATAUPUN MEMPUNYAI BERAT BADAN BERLEBIHAN

Golongan yang berisiko tinggi disebabkan penyakit sedia ada seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang, dinasihati untuk menjalani ujian saringan secara tetap.

Apabila didiagnosis pada peringkat awal, pilihan untuk rawatan awal selalunya mempunyai hasil yang positif dan perkembangan penyakit juga mungkin diperlahankan.

Ujian saringan boleh dilakukan oleh pasukan profesional penjagaan kesihatan yang berdedikasi dan terlatih di Hospital Pantai.

  • Ujian darah

peningkatan kreatinin dalam darah menandakan fungsi buah pinggang terjejas

  • Ujian air kencing

kehadiran protein dalam air kencing menandakan masalah dalam kapasiti penapisan buah pinggang

  • Pengukuran tekanan darah

peningkatan tekanan darah boleh menjadi penunjuk disfungsi buah pinggang

  • Biopsi buah pinggang

 MENGELAKKAN PENGAMBILAN UBAT TAHAN SAKIT/ ALTERNATIVE YANG TIDAK DIIKTIRAF OLEH KKM

Jika ubat tahan sakit diambil secara berpanjangan serta melebihi dos yang disyorkan, ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan, ketagihan dan juga tolerans. Oleh yang demikian, amatlah penting untuk kita mengenal pasti jenis-jenis dan kelas ubat tahan sakit, kegunaannya, dos dan kesan sampingan.

Ubat tahan sakit yang juga dikenali sebagai analgesik secara generalnya boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan utama iaitu; paracetamol, ubat anti-radang bukan steroid atau ‘non-steroidal anti-inflammatory drugs’ (NSAID) dan opioid.

TIDUR SECUKUPNYA

Semasa tidur, tubuh manusia menghasilkan lebih banyak hormon yang melambatkan fungsi buah pinggang dan mengurangkan pengeluaran air kencing.

Gabungan ini mengurangkan keperluan untuk membuang air kecil pada waktu malam dan membantu anda tidur dengan lena tanpa gangguan.

Ini kerana, bangun berulang kali sewaktu tidur boleh mengganggu dan mengurangkan kualiti tidur.

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Senaman sememangnya mampu memberikan kesan yang positif terhadap tubuh badan termasuk buah pinggang.

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala dipercayai boleh membantu mengawal berat badan dan tekanan darah tinggi sekali gus akan mengelakkan sebarang masalah kesihatan organ ini.

 MEMPUNYAI BMI NORMAL

Mungkin sudah tiba masanya untuk menurunkan berat badan bagi yang sudah lama overweight. Mengekalkan berat badan yang ideal adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk buah pinggang. Berat badan yang berlebihan atau gemuk boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang dengan beberapa cara yang berbeza.

 

Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes dan tekanan darah tinggi. Diabetes dan tekanan darah tinggi pula adalah antara penyebab utama penyakit buah pinggang. Berat badan berlebihan dalam jangka masa yang panjang memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyaring sisa. Lama kelamaan, kerja tambahan ini meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kerana buah pinggang harus bekerja lebih keras.

https://moh.gov.my/index.php/pages/view/9556

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …