30 PREMIS PERNIAGAAN DIPERIKSA KPDN, SATU KOMPAUN DIKELUARKAN

OPERASI: Pasukan KPDN Semporna dan SSM ketika menjalankan operasi di daerah ini.

SEMPORNA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Semporna bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sabah telah melaksanakan operasi penguatkuasaan di 30 buah premis perniagaan sekitar daerah Semporna, termasuk premis pelancongan, hari ini.

Operasi bersepadu itu dijalankan bagi memastikan semua premis mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada, terutamanya berkaitan penggunaan alat timbang dan sukat yang sah.

Hasil pemeriksaan, satu premis telah dikenakan kompaun di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 (ATS 1972) kerana menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan oleh Inspektor Timbang dan Sukat.

Ketua Cawangan KPDN Semporna, Tuan Satunlucy Bin Lamioh @ Lamidah berkata, operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan serta melindungi kepentingan pengguna.

“Peniaga di kawasan Semporna dan Kunak diingatkan supaya sentiasa mematuhi perundangan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan salah laku peniaga melalui WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal eAduan KPDN, talian Call Centre 1-800-886 800, emel eaduan@kpdn.gov.my, aplikasi Ez ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088 atau 03-8882 6245, serta surat rasmi ke pejabat KPDN terdekat.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …