KESIAPSIAGAAN MENYELAMAT NYAWA DIPERKASA MELALUI KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS WARGA KERJA MKN MELAKA

Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas untuk warga kerja MKN Melaka.

Kursus ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada warga kerja MKN Melaka dalam memberikan bantuan awal atau rawatan kecemasan sebelum kehadiran pihak perubatan profesional bagi menyelamatkan nyawa, mencegah kecederaan lebih serius dan mengurangkan kesakitan menggunakan teknik asas.

Antara ilmu yang dibawa pulang oleh para peserta adalah teknik CPR, cara menggunakan AED, cara membalut anggota badan yang luka atau patah serta tindakan sekiranya berlaku ‘choking’. Tenaga pengajar APM terdiri dari Kapten (PA) Awang Bohari bin Awang Ahet dan Lt. (PA) Mohd Kamil bin Hassan. Di sebelah petang, kemahiran para peserta diuji dengan senario latih amal.

Kursus ini juga dapat melatih dan menggalakkan warga kerja MKN Melaka menjadi pasukan sokongan komuniti dalam pelbagai situasi kecemasan.

Turut hadir bersama dalam kursus ini, Yang Berusaha Tuan Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka.

#MKNMelaka
#Majlis KeselamatanNegara
#NegaraKitaTanggungjawabBersama
#TaatSetia

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …