BINA DAN PERKUKUH DESTINASI EKONOMI YANG BERDAYA SAING, LABUAN PERLU IDENTITI SENDIRI

LABUAN – Wilayah Persekutuan Labuan perlu membina dan memperkukuh sebagai destinasi ekonomi yang unik dan berdaya saing dengan identiti sendiri. Ini kerana pulau bebas cukai ini mempunyai kelebihan strategik khususnya dalam sektor perkhidmatan kewangan antarabangsa, minyak dan gas, maritim serta logistik yang menjadi teras pembangunan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Lo Su Fui berkata penjenamaan yang jelas dan fokus terhadap bidang khusus akan membantu menarik pelabur, perniagaan dan pelawat. Sekaligus meletakkan Labuan lebih kukuh di peringkat serantau dan global. Selain itu, kerajaan persekutuan kekal komited menangani cabaran pembangunan utama Labuan termasuk isu infrastruktur, kos sara hidup dan kepelbagaian ekonomi, selain memastikan pembangunan dilaksanakan secara mampan dan inklusif.
Beliau berkata kerjasama erat antara agensi kerajaan dan sektor swasta disifatkan penting bagi mencapai aspirasi Labuan sebagai hab ekonomi yang berdaya tahan dalam Malaysia serta rantau BIMP-EAGA.
Dalam pada itu, Perbadanan Labuan akan mempercepatkan pelaksanaan pendigitalan serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem penyampaian perkhidmatan.
Ini bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kemudahan menjalankan urusan perniagaan.
Tambah beliau, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan Persekutuan membangunkan ekosistem kerajaan digital bagi mengurangkan kerenah birokrasi, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memperkukuh keyakinan pelabur. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dan perjumpaan bersama Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) di Labuan.
Hadir sama, Pengerusi LCCC Datuk Wong Kii Yii serta barisan kepimpinan ahli dewan. Dalam pada itu, Datuk Wong dalam ucapannya menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat membantu Labuan menyelesaikan isu-isu berkaitan yang memberikan impak kepada ekonomi setempat. Di samping merencana pembangunan infrastruktur yang sistematik untuk meningkatkan pembangunan sosial.

Sumber: BES Labuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui ketika berucap di majlis makan malam dan perjumpaan bersama Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) di Labuan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …