POLIS ‘SAPU’ SAMSENG JALANAN, 28 SAMAN DIKELUARKAN DI KOTA BELUD

KOTA BELUD: Polis ‘sapu’ samseng jalanan dalam Operasi Bersepadu selama dua hari di daerah ini, dengan 28 saman dikeluarkan dan sebuah motosikal disita.

Operasi berkenaan dijalankan selama dua hari bermula 24 Januari dan berakhir hari ini.

Ia menumpukan beberapa lokasi tumpuan termasuk Jalan Pan Borneo berhampiran Kuala Abai dan Batu Gadung, susulan aduan orang awam berhubung aktiviti samseng jalanan serta gangguan ketenteraman awam di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, operasi berkenaan membabitkan satu pegawai kanan dan 10 pegawai rendah polis.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan dengan penglibatan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Balai Polis Kota Belud serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK)

“Sepanjang operasi dijalankan, seramai 43 individu dan 30 buah kenderaan diperiksa, dengan hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan lalu lintas dikesan.

“Sebanyak 28 saman dikeluarkan atas kesalahan antaranya tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, kenderaan tanpa nombor pendaftaran, penggunaan ekzos ubah suai serta kesalahan lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anggota polis memeriksa motosikal dalam operasi bersepadu di Kota Belud.

Beliau berkata, sebuah motosikal turut disita untuk siasatan lanjut.

Katanya, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti samseng jalanan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, beliau berkata polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya, selain tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna lain.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …