LAWAN “MICROSLEEP” DI PEJABAT

Microsleep di pejabat sering berlaku apabila  otak bosan (monotonous task), bilik terlalu sejuk/panas, atau “Carb Coma” lepas makan nasi berlauk penuh.

Bagi melawan “microsleep” ini daripada berlaku. Kita perlu mengamalkan beberapa Teknik agar badan dan otak sentiasa segar dan sihat.

  1. Teknik “Sunlight Reset”

Bangun, pergi ke tingkap atau keluar pejabat sekejap. Biar mata terkena cahaya matahari terang selama 5 minit. Cahaya hentikan hormon tidur (melatonin).

  1. Ubah Suhu Badan (Cold Splash)

Pergi tandas, basuh muka dan tangan sampai siku dengan air sejuk. Rasa sejuk mengejutkan sistem saraf.

  1. Senaman “Desk Stretch”

Jangan duduk diam. Berdiri, regangkan tangan ke atas, pusingkan pinggang. Alirkan darah yang beku di kaki naik ke otak.

  1. Borak Dengan Rakan Sekerja

Otak akan “bangun” bila perlu memproses percakapan. Pergi meja kawan, borak 2 minit pasal kerja atau makan-makan.

  1. Kunyah Sesuatu (Crunchy)

Bukan gula-gula manis (nanti lagi mengantuk). Cari snek rangup (epal/kacang) atau gula getah. Pergerakan rahang membantu mengalirkan darah ke kepala.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …