DELEGASI PERNIAGAAN SABAH KE KEMBOJA, TEROKA PELUANG PELABURAN DUA HALA

KUNJUNGAN: Masidi (lima kanan) ketika menerima kunjungan hormat delegasi Oriental Bank (Cambodia).

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah merancang menghantar delegasi perniagaan ke Kemboja bagi meneroka peluang kerjasama dan pelaburan dua hala, susulan cadangan yang dikemukakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, pada Khamis.

Masidi berkata, delegasi berkenaan dicadangkan diketuai Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau, bagi memudah cara hubungan perniagaan antara syarikat Sabah dan rakan niaga di Kemboja.

Katanya, lawatan itu akan memberi tumpuan kepada pemadanan perniagaan secara berstruktur bagi mengenal pasti potensi kerjasama dan pelaburan yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Lawatan ini bukan sekadar pertemuan biasa, sebaliknya menjadi platform praktikal untuk pemadanan perniagaan supaya syarikat Sabah dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan niaga Kemboja.

“Kita mahu penglibatan ini diterjemahkan kepada kerjasama sebenar, pelaburan serta akses pasaran yang lebih luas untuk Sabah dan Kemboja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi Oriental Bank (Cambodia) yang diketuai pengasas dan pengerusinya, Datuk Phan Ying Tong.

Masidi turut mencadangkan Lau, sebagai wakil sektor swasta, memainkan peranan membantu memudah cara perbincangan perniagaan-ke-perniagaan serta hubungan pasaran.

Menurutnya, ia bukan sahaja di Kemboja malah berpotensi diperluaskan ke negara Indochina lain seperti Myanmar, Laos, Thailand, Filipina, China, Indonesia dan Vietnam.

Dalam pertemuan itu, Phan hadir bersama ahli lembaga pengarah bank berkenaan, Vanseka Sok dan Jean Loi Jin Choo, selain Lau.

Masidi berkata, pertemuan berkenaan bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan Sabah dan sektor perbankan, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi serta peluang pelaburan berpotensi di negeri ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan serta kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi Sabah.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …