RAHSIA DI SEBALIK JARI

Cuba Letak Tangan Atas Meja Sekarang. Rapatkan Jari. ✋

Jangan tipu. Tengok betul-betul.

Antara Jari Telunjuk dan Jari Manis anda, yang mana lagi panjang?

Ini bukan tilik nasib. Ini adalah fakta sains biologi yang dipanggil Nisbah 2D:4D (Digit Ratio).

Kajian mendapati perbezaan panjang dua jari ini ditentukan sejak anda dalam perut ibu lagi, bergantung kepada tahap pendedahan hormon:

👉 JENIS 1: Jari Manis Lagi Panjang

Ini tanda anda terdedah kepada hormon Testosteron (hormon lelaki) yang lebih tinggi dalam kandungan.

Fakta Lazim: Selalunya lelaki ramai kategori ni. Secara purata, ia dikaitkan dengan sifat fizikal yang lebih kuat, ‘sporty’, kemahiran ruang yang baik (contoh: pandai agak jarak parking/baca peta), dan kadang-kadang sifat yang lebih kompetitif.

👉 JENIS 2: Jari Telunjuk Sama Atau Lagi Panjang

Ini tanda pengaruh hormon Estrogen (hormon wanita) yang lebih tinggi.

Fakta Lazim: Selalunya wanita ramai kategori ni. Dikaitkan dengan kemahiran verbal yang baik (pandai berkata-kata), ingatan yang kuat, empati tinggi, dan sifat penyayang.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …