TINGKAT TAHAP KESELAMATAN BANDARAYA, MBMB TAMBAH LEBIH 20 CCTV

Ayer Keroh – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memasang lebih 20 unit kamera litar tertutup (CCTV) tambahan di beberapa lokasi pelancongan utama bagi mempertingkatkan tahap pemantauan, sekali gus menjamin keselamatan awam.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, sehingga Disember 2025, lebih 100 unit CCTV telah di pasang di lokasi tumpuan pelancongan ikonik.

Katanya, pemasangan CCTV itu merupakan sebahagian usaha memastikan Bandaraya Melaka sentiasa berada dalam keadaan selamat, ceria dan kondusif selain meningkatkan keyakinan pelancong yang berkunjung ke negeri ini.

“Selain aspek kebersihan dan keceriaan, keselamatan adalah keutamaan lebih lagi sepanjang Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pemasangan CCTV di lokasi berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas Program Jom Ke Sekolah MBMB di Dewan Taming Sari, di sini, pada Sabtu.

Terdahulu program itu disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …