TUJUH SEKOLAH DI SABAH MASIH TUTUP HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN

RAISIN

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh sekolah rendah di negeri ini tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan akibat terjejas bencana banjir dan tanah runtuh.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, daripada jumlah itu, enam sekolah di Beaufort masih terjejas banjir manakala sebuah lagi sekolah di Tenom berdepan isu keselamatan berikutan runtuhan tanah di kawasan sekolah berkenaan.

Katanya, penutupan sekolah berkenaan juga melibatkan seramai 424 murid sekolah iaitu 364 murid di Beaufort manakala, 60 murid di Tenom.

Menurutnya, sekolah yang terlibat diberi pilihan sama ada mengadakan kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang penutupannya atau membuat kelas ganti pada hari Sabtu apabila sekolah dibuka semula nanti.

“Sekolah berkenaan hanya dibuka selepas keadaan pulih sepenuhnya dan selamat untuk murid serta guru kembali ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam kenyataan selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trus Madi di Keningau hari ini.

Raisin berkata, enam sekolah yang terjejas banjir di Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak, SK Garama, SK Jabang, SK Kebulu, SK Lago, dan SK Suasa manakala di Tenom ialah SK Simpang.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …