PPM BONGKAR PENYELEWENGAN MINYAK MASAK SUBSIDI, RAMPAS RM1.57 JUTA

SERBU: Anggota PPM menjalankan serbuan ke atas sebuah Gudang di Sandakan.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai barangan bernilai RM1.57 juta selepas membongkar aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dipercayai untuk pasaran luar negara dalam satu operasi di Batu 1/2, di sini, pada Jumaat.

Serbuan kira-kira jam 12.35 tengah hari itu dijalankan menerusi Op Taring Landai Khas Kontraban/Operasi Bersepadu Inter Agensi hasil maklumat risikan Unit Risikan Marin Sandakan.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah, Superintendan Jaffri Bidin berkata, pemeriksaan ke atas sebuah gudang di kawasan berkenaan mendapati terdapat aktiviti mencurigakan sedang dijalankan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati berlaku kegiatan pembungkusan semula minyak masak bersubsidi kepada minyak masak eksport tanpa permit sah, dipercayai untuk diseleweng ke pasaran luar negara.

“Operasi ini membabitkan sebuah lori kotak dan dua lori tangki, selain penemuan ratusan kotak minyak masak di lokasi kejadian.

“Seorang lelaki warga Pakistan yang berada di gudang berkenaan turut ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, rampasan melibatkan 926 kotak minyak masak pelbagai jenama, selain dua lori tangki serta sebuah lori, dengan anggaran nilai keseluruhan RM1,576,402.

Menurutnya, semua rampasan dibawa ke Markar Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, Jaffri menegaskan PPM Wilayah Empat Sabah akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barangan bersubsidi.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha mengekang jenayah kontraban demi keselamatan serta kesejahteraan negara.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …