BARANG YANG ANDA TAK PATUT LETAK DI DASHBOARD KERETA BAHAYA BILA PANAS

Perasan tak, kereta yang parking bawah matahari 20 minit pun dah rasa macam “baru keluar oven”

Ini bukan perasaan semata. Kajian pemantauan suhu dalam kabin kereta yang diparkir menunjukkan suhu dalam kabin boleh mencecah sekitar 64.9°C dalam tempoh pemantauan.

Sebab itu dashboard bukan tempat “letak sekejap”. Bila suhu dah naik macam ni, barang harian anda boleh jadi bahaya.

  • Botol air plastik

Boleh lepaskan bahan kimia bila terdedah haba tinggi. Ada kes botol bertindak macam kanta, fokus cahaya dan sebabkan kebakaran kecil.

  • Power bank, telefon, bateri lithium

Haba boleh rosakkan bateri, jadi kembung, bocor atau meletup. Risiko kebakaran memang ada.

  • Ubat-ubatan

Panas boleh rosakkan struktur ubat. Dos jadi tak stabil, keberkesanan menurun, ada yang terus tak selamat digunakan.

  • Minyak wangi & kosmetik

Cecair beralkohol mudah mengembang. Botol boleh pecah, meletup atau bocor. Bau pun boleh berubah jadi tak elok.

  • Spray aerosol (contoh penyegar udara, spray rambut)

Aerosol ialah bekas bertekanan. Bila suhu naik, tekanan dalam tin naik dan boleh pecah atau meletup

  • Pemantik api (lighter)

Antara punca klasik letupan dalam kereta bila cuaca panas.

  • Kad bank, IC, kad Touch ‘n Go

Haba boleh herotkan kad, rosakkan cip dan jalur magnet.

Kesimpulan:
Biasakan dashboard kosong. Bukan soal cantik.. soal keselamatan. Barang kecil pun boleh jadi bahaya bila panas atau brek mengejut.

 

Infografik :  Barang Yang anda Tak Patut Letak Di Dashboard Kereta Bahaya  Bila Panas

Sumber :Publichealth Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …