1,250 PENDUDUK MASIH DI PPS, KEADAAN KESELURUHAN BANJIR SEMAKIN PULIH

PULANG: Mangsa banjir dihatar pulang selepas keadaan semakin pulih.

KOTA KINABALU: Jumlah penduduk terjejas akibat bencana di Sabah menunjukkan trend penurunan dengan seramai 1,250 orang daripada 437 ketua isi rumah masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang Rabu.

Berdasarkan laporan perkembangan harian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah melalui Sabah State Disaster Command Centre (SDCC), hanya tiga daerah masih terjejas iaitu Beaufort, Tenom dan Putatan dengan keseluruhan 10 PPS aktif setakat ini.

Bencana banjir terus memberi kesan di Beaufort dan Tenom, manakala Putatan melibatkan insiden kebakaran. Daerah Kota Belud pula mencatatkan penutupan sepenuhnya semua PPS selepas keadaan kembali stabil.

Di Beaufort, seramai 643 penduduk daripada 215 ketua isi rumah masih berlindung di empat PPS yang beroperasi, dengan peningkatan direkodkan di Masjid Darul Ikhlas Kampung Batandok, Lubak.

Antara PPS utama di daerah ini ialah Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon dan Dewan Resedensi PR1MA Woordford Estate yang masing-masing menempatkan ratusan mangsa banjir.

Tenom kekal sebagai daerah dengan jumlah PPS tertinggi melibatkan lima pusat pemindahan yang menempatkan 563 penduduk daripada 210 ketua isi rumah.

PPS Rumah Kebudayaan Kampung Ponontomon dan Dewan Terbuka Labut 2 antara pusat yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi di daerah itu.

Sementara itu, insiden kebakaran di Putatan menyaksikan seramai 44 penduduk daripada 12 ketua isi rumah masih ditempatkan di Dewan Sri Keramat dan keadaan dilaporkan terkawal.

JPBN Sabah turut memaklumkan tiada kematian direkodkan akibat bencana setakat ini, sama ada melibatkan penduduk dewasa, warga emas, kanak-kanak mahupun bayi. Selain itu, tiada laporan penduduk terjejas yang terperangkap atau berada di luar PPS direkodkan oleh pihak berkuasa daerah.

Dari segi demografi, jumlah mangsa di PPS terdiri daripada 319 lelaki dewasa, 425 perempuan dewasa, 247 kanak-kanak lelaki dan 259 kanak-kanak perempuan, mencerminkan keperluan berterusan terhadap bekalan asas serta sokongan kebajikan khususnya kepada golongan rentan.

JPBN Sabah menerusi SDCC terus memantau situasi semasa dan menyelaras bantuan bersama agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mangsa terpelihara, selain menilai keperluan penutupan PPS secara berperingkat bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air semasa.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …