DBKL PEDULI

 

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2020 (SELASA) – DBKL melalui Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar  telah membantu melaksanakan kerja-kerja santasi nyahkuman di Balai Polis Setiawangsa.

 

Kerja-kerja ini bermula dari jam 2:30 petang melibatkan seramai 19 orang petugas kesihatan yang diketuai oleh Dr Mohamad Aiman. Kawasan yang disantasi meliputi bilik dokumentasi, bilik siasatan, bilik Black Maria, bilik tahanan, kaunter terima aduan, ruang rehat pekerja dan lobi.

 

Ini adalah untuk memastikan premis ini bebas daripada gejala kuman khususnya Covid-19. DBKL amat peduli dengan keselamatan petugas, pengunjung yang berada di premis seumpama ini.

 

Disamping melaksanakan kerja sanitasi pada hari ini, DBKL juga memberikan penerangan tentang peralatan, bahan, tatacara nyahkuman kepada anggota di balai tersebut. Agensi-agensi awam adalah digalakkan untuk membuat program nyahkuman mereka sendiri dengan bantuan tunjuk ajar oleh DBKL.

 

 

 

#SayangiKualaLumpur

#welovekualalumpur

#kualalumpurkitapunya

#klwbc2020

#WilayahPrihatin

#KawalanKendiri

 

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …