PROGRAM AI AWARENESS RAKYAT DIGITAL SASAR 560 BELIA MELAKA

Ayer Keroh – Kerajaan Negeri melaksanakan 28 siri Program AI Awareness Rakyat Digital di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh dua bulan bermula Disember tahun lalu sehingga Januari 2026.

EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.
Foto Afiq Mustaffa

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program yang diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) setiap DUN itu menyasarkan penyertaan seramai 560 orang belia.

Katanya, program itu memberi fokus kepada pendedahan asas teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi modul AI Awareness dan AI Appreciation.

“Pelaksanaan program ini bertujuan memberi kefahaman asas mengenai konsep serta aplikasi AI, selain menggalakkan minat belia untuk menerokai bidang teknologi dan inovasi digital sebagai persediaan menghadapi keperluan pekerjaan masa hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, selain memberi manfaat kepada belia, program itu turut dijangka mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, Dewan Belia Negeri Melaka serta JAPERUN, di samping menyokong usaha pendigitalan komuniti setempat.

“Kerajaan Negeri percaya penganjuran program seumpama ini mampu melahirkan lebih ramai bakat muda berpengetahuan digital sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital Melaka secara mampan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …