JSJN SABAH TAHAN PENGURUS KELAB MALAM, RAMPAS EKSTASI DAN KETAMIN

RAMPAS: Bekalan dadah yang dirampas semasa penahanan suspek.

PENAMPANG: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan seorang pengurus kelab malam yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah susulan rampasan pelbagai jenis bahan terlarang bernilai hampir RM48,000 dalam dua operasi berasingan di daerah ini, semalam.

Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, suspek lelaki tempatan berusia 39 tahun ditahan dalam operasi pertama kira-kira jam 8.05 malam di kawasan Bundusan.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, suspek menyerahkan satu bungkusan plastik hitam kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan mengandungi lapan paket serbuk disyaki dadah jenis ekstasi dengan anggaran berat kasar 214.97 gram serta 40 paket serbuk hablur jernih disyaki ketamin seberat kira-kira 113.22 gram,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dalam tangkapan pertama dianggarkan sekitar RM22,000.

Alhusin memaklumkan, susulan penahanan itu, pasukan JSJN menjalankan satu lagi serbuan kira-kira jam 10.30 malam di sebuah apartmen di Bundusan di sini.

“Serbuan kedua menemukan pelbagai lagi jenis dadah termasuk serbuk ekstasi, ketamin serta rokok disyaki mengandungi bahan terlarang yang disimpan di dalam beg dan kotak rokok.

“Rampasan kedua melibatkan anggaran berat keseluruhan kira-kira 283.71 gram dengan nilai dianggarkan RM25,980,” katanya.

Katanya, selain dadah, dua unit telefon bimbit serta seikat kunci turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan usaha mengesan dalang utama rangkaian pengedaran dadah ini sedang diteruskan,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …