DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Program Didik Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Pulau Pinang. Program seumpama ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi baharu yang mengamalkan budaya selamat dan berhemah di jalan raya selaras dengan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR).
Seramai 650 orang murid telah menyertai program ini. Program seumpama ini bertujuan memberi pengetahuan berkaitan:
+ Keselamatan ketika membonceng motosikal.
+ Pemakaian keselamatan ketika membonceng motosikal terutama pemakaian topi keledar yang mengikut spesifikasi yang mempunyai pensijilan MS (SIRIM), sesuai dengan saiz kepala dan dipakai dengan betul seperti tali yang diikat dengan kemas dan tidak terlalu longgar.
+ 5 Langkah Melintas Jalan Raya dengan selamat di kawasan lintasan belang.
+ Berbasikal dengan selamat yang merangkumi pemeriksaan basikal sebelum menunggang, memakai peralatan keselamatan dan mematuhi peraturan lalu lintas.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



