MAIM TAMBAH BAIK AGIHAN BANTUAN SEKOLAH, MUDAHKAN PENERIMA

Sungai Udang – Penambahbaikan kaedah agihan sumbangan bantuan persekolahan yang dilakukan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada tahun ini bukan sahaja memudahkan asnaf malah melancarkan proses penyerahan sumbangan.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, jika tahun sebelum penyampaian sumbangan dilakukan mengikut daerah dan merangkumi tiga lokasi sahaja tetapi pada tahun ini bantuan diberikan mengikut Parlimen menjadikan kesemua lokasi penyerahan menjadi enam.

Beliau berkata, langkah itu dilihat lebih dekat dengan golongan asnaf setempat sekali gus memudahkan penerima hadir mengambil sumbangan berbanding kaedah sebelum ini yang hanya melibatkan tiga daerah dengan kawasan liputan lebih besar.

“Tahun ini penambahbaikan yang dilakukan MAIM adalah dari segi penyerahan sumbangan apabila dibuat mengikut Parlimen. Jika sebelum ini mengikut daerah lebih besar dan ramai.

“Langkah ini lebih dekat kepada asnaf-asnaf selain memudahkan penerima bantuan untuk mengambil kelengkapan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persiapan Persekolahan Kepada Anak-Anak Asnaf, Fakir, Miskin Dan Mualaf MAIM Bagi Tahun 2026M/1447H Parlimen Tangga Batu Anjuran MAIM, yang disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, di Japerun Sungai Udang, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong dan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis.

Menurut Shaifulfazlee, sehingga kini penyampaian bantuan sumbangan sudah selesai dibuat di tiga Parlimen membabitkan lebih 5,000 penerima.

“Penyerahan dibuat bermula di Parlimen Kota Melaka, diikuti Alor Gajah serta Tangga Batu manakala bagi Parlimen Jasin dan Alor Gajah penyerahan akan dibuat pada hujung minggu ini sebelum lokasi terakhir di Hang Tuah Jaya minggu hadapan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …