218 PTI INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NUNUKAN

HANTAR PULANG: Semua PTI terbabit dihantar pulang ke negara asal melalui laut.

TAWAU: Seramai 218 pendatang tanpa izin (PTI) warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua PTI terbabit dipindahkan dari Depot Imigresen Tawau menggunakan kemudahan kapal Francis Express dan Purnama Express.

Menurutnya, kumpulan berkenaan membabitkan 184 lelaki dewasa, 24 perempuan dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 80 tahun.

“Semua kanak-kanak yang menyertai program ini diiringi ibu bapa atau pengiring masing-masing,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, setakat ini seramai 2,375 warganegara Indonesia sudah dihantar pulang ke negara asal, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 10,431 PTI dipindahkan keluar dari Sabah menerusi program pemindahan tahanan asing ke negara asal.

Katanya, kesemua PTI terbabit selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang dan memiliki Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang sah.

“Kekerapan program pemindahan bergantung kepada tempoh pengeluaran SPLP oleh pihak Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan majikan supaya menyertai program pendataan digital warga asing yang dilaksanakan kerajaan Sabah bagi mengurus dan merekodkan kehadiran pekerja asing, khususnya dalam sektor perladangan.

“Inisiatif ini dijangka mengekang masalah dokumentasi pelbagai dokumen serta lambakan PTI di Sabah,” katanya.

Sitti Saleha turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana majikan yang melindungi pekerja asing tanpa dokumen sah.

“Majikan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk denda sehingga RM50,000, hukuman penjara serta sebatan jika didapati bersalah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …