JOM BERINGAT: AWAS PENIPUAN TAWARAN KERJA

Kes penipuan tawaran kerja semakin meningkat di Malaysia dan kini menjadi antara taktik paling kerap digunakan oleh sindiket pada tahun 2025.Penipu menyasarkan mangsa melalui facebook, WhatsApp, Telegram, Instagram serta lama web palsu dengan menawarkan pekerjaan mudah disertai pulangan tinggi yang sebenarnya tidak wujud.

Ramai mangsa terpedaya apabila menerima tawaran kerja yang terlalu lumayan, diminta membuat bayaran pendahuluan, dijanjikan komisen segera, dan seterusnya dipndahkan ke WhatsApp atau Telegram untuk tugasan yang mencurigakan.

Ingatlah, tiada pekerjaan sah yang memerlukan bayaran pendahuluan. Jila sesuatu tawaran kelihatan terlalu mudah, terlalu cepat atau terlalu menguntungkan, besar kemungkinan ia adalah penipuan. Jika anda menjadi mangsa , segera hubungi Pusat  Respons Penipuan Kebangsaan ditalian 997 dan hentikan sebarang pembayaran tambahan. Elakkan daripada klik pautan atau mengikuti arahan scammer.

Sumber: PDRM

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …