BELANJAWAN: Masidi (tujuh dari kiri) menerima Buku Belanjawan 2026 daripada Sofian (enam dari kiri) di Pejabat Menteri Kewangan di Menara Kinabalu, disaksikan bersama pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerima dan membuat semakan terakhir Buku Belanjawan 2026 yang bertemakan ‘Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan’.
Buku Belanjawan 2026 akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada jam 3 petang Jumaat ini.
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Sofian Alfian Nair menyerahkan Buku Belanjawan 2026 kepada Masidi bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Chee Shok Ting, Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan, Mohd Faizal Mohd Tahir.
Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ben Chong dan Datuk Mohd Ishak Ayub serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



