OPS OLEH DBKL

KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER 2020 (JUMAAT) – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL dengan kekuatan 8 orang pegawai dan 52 anggota telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap Premis Hiburan dan Rumah Urut/Pelacuran di 3 buah lokasi berasingan di Jalan Yew Bukit Bintang, Prima Setapak Wangsa Maju dan Jalan Radin Tengah Seputeh, Kuala Lumpur.

Tindakan khas ini telah melibatkan penutupan (sealed) sebuah premis pusat hiburan yang menjalankan aktiviti hiburan tanpa kebenaran dan 2 buah premis rumah urut/pelacuran di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

Sejumlah 2 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta 1 notis pemberitahuan kesalahan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992.

3 buah premis dikenakan tindakan sita melibatkan 29 pelbagai barangan seperti CCTV, TV, kondom, pembesar suara, monitor, komputer, DJ controller, microphone, decoder dan lain-lain peralatan. Kesemua barangan yang di sita telah dihantar ke setor sitaan DBKL untuk proses dokumentasi.

 

Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut SOP dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak DBKL. Operasi khas ini akan diteruskan dari semasa kesemasa.

 

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …