MELAKA BANTU 1,000 OKU, PELAJAR SEKOLAH MILIKI LESEN SAH

Seri Negeri – Program Mesra Lesen Motosikal Percuma membantu 1,000 orang kurang upaya (OKU) dan pelajar sekolah khusus di kawasan luar bandar menunggang motosikal secara sah di jalan raya.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, inisiatif diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 pada Jumaat akan memberikan manfaat kepada 500 OKU dan 500 pelajar sekolah.

Mengulas lanjut, Hameed yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Ayer Limau berkata, inisiatif itu menggunakan peruntukan RM350,000 disalurkan oleh Kerajaan Negeri.

“Kita tidak mahu lagi ada pelajar luar bandar tidak ke sekolah atas alasan kawasan mereka tidak ada perkhidmatan pengangkutan awam. Apabila sudah ada lesen sah keberadaan mereka ini di jalan raya akan lebih terjamin.

“Program ini dilaksanakan bagi menangani masalah ketiadaan pengangkutan awam di kawasan luar bandar yang menyebabkan ramai pelajar terpaksa menunggang motosikal milik ibu bapa tanpa lesen untuk ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hameed berkata tahun lalu Kerajaan Negeri memperoleh peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan pihak komuniti untuk melaksanakan program sama, namun bagi tahun ini Kerajaan Negeri menanggung sepenuhnya kos tersebut.

Tambahnya, pemberian lesen percuma kepada OKU pula bertujuan memberi lebih kebebasan pergerakan dan meningkatkan peluang mereka untuk bekerja atau menjalankan aktiviti harian dengan lebih berdikari.

“Inisiatif ini bukan sahaja untuk keselamatan, malah untuk meningkatkan mobiliti golongan OKU dan pelajar B40, supaya mereka dapat bergerak dengan lebih yakin,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …