PERUNTUKAN TERBESAR BAJET BAGI PEMBANGUNAN SUKAN, BELIA MELAKA

Seri Negeri – Bajet Negeri Melaka 2026 menyediakan peruntukan berjumlah lebih RM11 juta untuk pembangunan sukan, sekali gus menjadi jumlah terbesar pernah disalurkan.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, peruntukkan itu adalah bagi melaksanakan program pembangunan, menyelenggara, menaik taraf dan membina baharu kemudahan sukan seluruh Melaka.

“Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan amat komited dalam menyediakan kemudahan sukan apabila memperuntukkan RM10.9 juta disediakan bagi naik taraf, pembaikan serta bina baharu fasiliti sukan.

“Sementara itu RM2.5 juta lagi diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pembangunan Sukan khusus bagi persediaan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek ditemui selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, semalam.

Shanmugam berkata, bajet yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Jumaat lalu turut memfokuskan pembangunan belia dengan peruntukan berjumlah RM700,000.

“Menerusi inisiatif MeSRa Belia, RM500,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan Dewan Belia Negeri Melaka, Townhall Anak Muda Melaka, Program Agro Beliau serta pelbagai lagi program pemerkasaan belia.

“Sejumlah RM200,000 turut diperuntukkan bagi Program Integrasi Belia Sarawak, Johor, Sabah dan Melaka pada Oktober 2026 yang mana Melaka akan menjadi tuan rumah.

“Secara keseluruhan saya berpendapat antara bajet-bajet yang pernah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, inilah peruntukan terbesar yang diberikan kepada pembangunan belia dan sukan,” katanya

Jelas beliau, dengan peruntukan besar itu ia mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pembangunan bakat muda, memajukan sukan negeri serta memperluaskan penyertaan belia dalam aktiviti sihat.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …