PENYAMPAIAN KELULUSAN TANAH DAN NOTIS 5A CERIAKAN 95 PENERIMA

Asahan – Suasana penuh ceria menyelubungi Balai Raya Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh, apabila seramai 95 generasi kedua Felda menerima Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) dan Notis 5A yang sekian lama dinantikan.

Majlis penyampaian kelulusan tanah dan Notis 5A ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai bukti komitmen untuk memastikan rakyat Felda memiliki tanah sendiri secara teratur.

Sementara itu penerima, Latifah Sapingi, 43, meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kelulusan itu sebagai rezeki besar selepas bertahun-tahun tinggal menyewa di Kampung Nyalas.

“Saya memang sudah lama menyewa. Bila dibuka permohonan untuk generasi kedua, saya terus mohon dan tidak sangka dapat tahun ini.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Rezeki untuk mewarisi tanah keluarga ini sangat bermakna dan kini masa depan anak-anak terasa lebih terjamin,” katanya kepada media ketika Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan dan Notis 5A bagi Generasi Kedua Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh.

Terdahulu serahan surat kelulusan dan Notis  5A kepada penerima disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Dalam pada itu, Latifah mewakili penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan kerana meluluskan permohonan mereka.

Seorang lagi penerima, Shahrin Muhamad, 46, turut berkongsi rasa gembira dengan pemberian daripada Kerajaan Negeri Melaka itu.

“Ketua Menteri kita telah meluluskan permohonan kami semua, jadi memang kami semua sangat gembira. Kami dah mohon sejak lama jadi bila akhirnya permohonan tanah generasi kedua ini diluluskan, kami semua sangat bersyukur dan gembira. Alhamdulillah,” katanya.

Shahrin turut berhasrat untuk memulakan usaha membina rumah di atas tanah pemberian itu serta merancang kehidupan keluarga dengan lebih baik.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …